Home Berita PAS Kedah

Konvoi Ziarah ARC Kedah Padang Terap

69
SHARE

 

Oleh: SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PEDU,9 APRIL – Ahli Parlimen Padang Terap YB.Nurul Amin Abd Hamid telah turun Konvoi Ziarah Kasih sempena Ramadhan bersama team ARC Kedah Padang Terap kelmarin.

YB dan team tersebut menyantuni golongan yang memerlukan terutama golongan miskin di kawasan kampung.

Program sebegini menjadi agenda pemuda PAS disemua peringkat.

Menurut kenyataan,diantara kampung-kampung yang di santuni ialah Kampung Masjid Lama, Kampung Belukar Luas dan Kampung Tandop Besar.

Program berlansung dengan penuh ukhwah dan mahabbah sesama anak muda di kampung tersebut.

YB turut berterima kasih kepada pihak Masjid Al Hidayah Pekan Naka yang menyediakan juadah berbuka puasa dan Terima kasih kepada semua yang menjayakan konvoi ini.

Turut sama ialah Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Padang Terap.