Home Berita PAS Pahang

Dewan Pemuda PAS Pahang sedia peruntukan khas hari raya

99
SHARE

Oleh: KHAULAH AL AZWAR

KUANTAN, 10 Apr ♦ Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) menyediakan peruntukan khas hari raya buat guru-guru serta kakitangan Sektor Pendidikan di bawah tadbir urus dewan ini.

Ketua DPPNP, Ustaz Mohd. Zarimi berkata, seramai 948 orang guru serta 159 orang pembantu guru serta kakitangan institusi pendidikan PASTI, SRITI, SMITI dan MTIS bakal menerima sumbangan hari raya dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM86,470.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan buat guru-guru sekalian membuat persiapan menjelang hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Tak banyak sikit kita tetap beri tanda ingatan dan penghargaan buat guru-guru dan kakitangan yang telah banyak berkorban mendidik anak-anak tunas Islam seramai 11,415 orang seluruh Pahang,” ujar beliau.

Majlis penyerahan replika cek telah disempurnakan beliau selaku Ketua Pemuda DPPNP kepada Ketua Sektor Pendidikan Pemuda, Khairul Nizam Mustofai.