Home Berita PAS Kedah

Konvoi pemuda serba hijau iringi YB Najmi Ahmad

258
SHARE

Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR

KUPANG – Kehadiran konvoi motosikal oleh 30 pemuda  yang berbaju serba hijau di Kampung Charok Kelian menarik perhatian penduduk untuk mengetahui siapa mereka.

Rupa-rupanya mereka adalah ahli Alternatif Rider Club (ARC) yang datang mengiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral B Dato’ Najmi Ahmad menyantuni empat buah keluarga pesakit terlantar.

Dalam kunjungan itu, YB Najmi menziarahi Romli Awang Kechik, 84, Mohammad Radzi Che Mas, 58, Mohammad Norawi Saaidin, 43, dan Ani Jusoh berusia 46 tahun, untuk menyampaikan bakul makanan kepada keluarga mereka.

Najmi menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli ARC yang sanggup turun padang bersamanya untuk menyantuni rakyat.

Katanya, semangat dan kerjasama daripada pemuda ARC adalah salah satu usaha dakwah dan ia perlu diteruskan.

Turut serta, YDP PAS Baling merangkap Penolong Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kupang, Ustaz Hassan Saad dan Ketua ARC Baling, Azri Mat Isa.