Home Berita PAS Kedah

Sambutan perayaan Tahun Baru Cina DUN Pengkalan Kundor diraikan bersama

152
SHARE

KUALA KEDAH, 2 Feb – Keharmonian antara kaum amat penting dalam memupuk kesejahteraan sesebuah negeri, atas prinsip perpaduan masyarakat majmuk, dapat mewujudkan suasana negeri itu aman & damai.

Pengerusi Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan Kundor, Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata muafakat yang dibentuk perlu dipelihara demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Kita duduk dalam satu negeri, kita majukan sama-sama negeri kita. Di tempat kawasan kita ini, ada yang pesawah, ada nelayan, ada juga yang berniaga. Sama-sama kita membentuk muafakat demi kesejahteraan rakyat.

“Tanda sebuah sokongan kerajaan negeri Kedah serta tanda ingat kepada kaum Cina. Kita sama-sama membantu meraikan perayaan, tidak mengira bangsa,” katanya.

Walaupun dalam keadaan norma baharu pada tahun ini, perayaan Tahun Baru Cina disambut dengan penuh kemeriahan oleh kaum Cina di DUN Pengkalan Kundor.

Oleh yang demikian, Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan Kundor memainkan peranan untuk membantu masyarakat Cina yang kurang berkemampuan.

Sebagai tanda ingat, Ustaz Dr. Ahmad Fakhruddin berbesar hati untuk turun bersama-sama petugas bagi menghulurkan sumbangan.

Penyerahan ini telah dijalankan di sekitar DUN Pengkalan Kundor, dengan kerjasama erat penghulu serta JPKK.