Home Artikel PAS Melaka

Konvoi Jelajah Hijau Melaka Anjuran ARC Melaka Meriah

52 views
SHARE

Melaka Tengah : Seramai hampir 100 biji motor turut serta dalam konvoi Jelajah Hijau Melaka. Peserta konvoi mula berkumpul di Markas PAS Pantai Kundur sebagai tempat pelepasan konvoi.

Seterusnya, konvoi menyertai ziarah kebajikan di pantai kundur. Ziarah kebajikan tersebut dihadiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, IR Hj Khairil Nizam Khairuddin dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden.

Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Bilal Ruhuddin juga turut serta sebagai tuan rumah program di Melaka.

Antara tempat ziarah kebajikan seterusnya adalah di Kampung Solok Duku Masjid Tanah bagi kawasan Dun Lendu dan Kampung Bachang bagi kawasan Dun Bachang.

Seterusnya, peserta konvoi berkumpul dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Melaka yang telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.