Oleh TASNIM MUSTAFFA
KUALA NERANG, 17 Jul 22 – Program Konvoi Dakwah dan Tarbiah Bermotor 2022 mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih 120 orang peserta, dekat Puncak Janing, semalam.
Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid berkata tujuan program ini dianjurkan adalah sebagai salah satu medium penyampaian seruan dakwah kepada anak muda untuk terus dekat dengan institusi masjid.
“Ianya salah satu dakwah kepada diri anak muda agar dapat mengimarahkan dan mendekati masjid dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
“Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa masjid kerana dapat menganjurkan program sebegini,” katanya
Beliau turut memperingatkan agar para peserta sentiasa memperkukuhkan silaturahim dan ukhwah dikalangan ahli kariah dan jamaah, agar dapat membina kesatuan dikalangan masyarakat.
Dalam pada itu Imam Masjid An-Nur Tok Keling, Ustaz Ahmad Salahuddin Mohamad memaklumkan bahawa program ini adalah anjuran bersama beberapa masjid iaitu, Masjid Qariah Lahar Budi, Masjid An-Nur Tok Keling, Masjid Taman Tunku Yaakob, Masjid Kampung Benua dan Masjid Al-Islah Alor Setar.
Turut hadir Setiausaha PAS Kawasan Alor Setar, Cikgu Haji Ramli Abdul dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Setar, Ust Mohd Shahrizan Hazimie.