Home Berita PAS Melaka

Kongres Rakyat perlu fokus perjuang isu ekonomi rakyat marhaen – Ustaz Misbah

248
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 10 Sept: Kongres rakyat mestilah memperjuangkan nasib rakyat daripada golongan petani, penternak, nelayan dan golongan marhaen yang lain, kata Pengerusi Lajnah Hubungan NGO PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

“Harap (kongres ini) dapat berfungsi sebagai medium rakyat dalam pelbagai lapisan menyalurkan permasalahan ekonomi, pertanian dan sebagainya kepada kerajaan,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, kongres ini mestilah kekal sebagai medium non-partisan, bersifat merakyat ke akar umbi, bukan di pentas yang dibarisi oleh ahli akademik atau politik.

Beliau berkata demikian semalam dalam satu ucapan tahniah beliau sempena ulang tahun Ke-6 Sekretariat Kongres Rakyat yang bakal disambut pada 12 September ini.

“Tahniah kepada Sekretariat Kongres Rakyat yang dipengerusikan oleh saudara Mohd Shuhaimi Embong,” ujar beliau di dalam kenyataan itu.

Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Shuhaimi Embong

Beliau turut berharap agar sebarang resolusi yang dikemukakan hendaklah juga berupa cadangan pelan tindakan yang progresif dan boleh dilaksanakan.

Untuk rekod Sekretariat Kongres Rakyat 2.0 juga akan menyambut ulangtahun ke-6 pada 12 September ini dengan mengadakan Kongres Ekonomi Rakyat (KER) yang bertujuan untuk merumuskan Pelan Tindakan Ekonomi Rakyat (PTER) secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom.

Antara ahli panel yang bakal membarisi KER ini ialah Pengasas Malakat.com, Coach Fadzil Hashim, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Usahawan Halal Hub, Dato’ Sri Mohd Hafidz Jafelis dan ramai lagi tokoh usahawan.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.