Home Artikel PAS Sabah

PASTI Kinabatangan meneruskan tradisi Program khatan perdana

871
SHARE

Oleh: Basith Samad
5 Disember 2019

KINABATANGAN: Lima puluh dua kanak-kanak telah menyertai upacara berkhatan beramai-ramai anjuran Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kinabatangan bersama Masjid Al-Ghafar dengan kerjasama PAPISMA di sini semalam sempena cuti persekolahan.

Pengerusi PASTI Kinabatangan, Jumaidin Lakalla berkata program berkhatan beramai-ramai berkenaan merupakan aktiviti kemasyarakatan PASTI Kinabatangan yang diadakan setiap tahun untuk membantu masyrakat setempat dalam memenuhi tuntutan syariat Islam.

“Berikutan sambutan yang menggalakkan dari tahun ke tahun, program ini kini menjadi acara tahunan sempena cuti sekolah,” katanya semasa merasmikan program berkenaan hari ini.

Bezanya program yang kami anjurkan ini dengan penganjur yang lain, kami memberikan khidmat khatan secara percuma kepada anak yatim bagi membantu meringankan beban mereka, tambahnya lagi.

Program yang bermula dari awal pagi sehingga ke petang ini telah diserikan dengan kehadiran pegawai-pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan untuk menyiram peserta sebelum dikhatankan bagi menimbulkan perasaan gembira dan menghilangkan perasaaan gementar.

Turut hadir barisan AJK PASTI Kinabatangan, AJK Masjid Al-Ghafar dan ibu bapa peserta Program Khatan Perdana Kinabatangan.