Home Artikel PAS Melaka

Komen Editor Melaka : SPRM Perlu Pantau Rapat Cubaan Rasuah Ahli Parlimen

938
SHARE

Tan Sri Muhyidin Yasin (TSMY) sudah pun sah menjadi PM ke 8 dengan sokongan dari Bersatu, BN, PAS, MCA, MIC dan GPS. Ibarat rumah siap pahat masih berbunyi, PH masih lagi tidak berpuas hati dan mendakwa mereka mempunyai ‘numbers’ untuk mengangkat sumpah sebagai PM.

Kita melihat bahawa sepanjang seminggu tempoh ‘Malaysia tidak berkerajaan’ ini di pihak PH sendiri sering berubah-ubah pendirian. Ahli-ahli parlimen PH juga sering berubah-ubah sokongan menyebabkan percubaan pertama membentuk kerajaan pada Ahad 23 Februari lepas gagal.

Apabila pihak Istana Negara sudah membuat keputusan bahawa TSMY bakal mengangkat sumpah sebagai PM masih ada lagi ahli parlimen yang baru menandatangani SD menyokong PH.

Sekarang ini PH mendakwa mereka mempunyai ‘numbers’ yang cukup untuk membentuk kerajaan. PH akan menjalankan usaha seterusnya iaitu mengusulkan undi tidak percaya kepada TSMY di dalam sidang parlimen yang akan datang.

Sekarang ini satu undi dari seorang ahli parlimen sangat berharga untuk PH kembali berkuasa. Sikap sesetengah ahli parlimen yang umpama lalang ditiup angin membuatkan kita berasa bimbang takut-takut mereka sedang melakukan tawar-menawar harga untuk sebuah sokongan.

Kita bimbang sekiranya ada parti yang menggunakan wang untuk membeli ahli-ahli parlimen demi untuk mendapatkan sokongan. Kita tahu di belakang parti-parti tertentu ini ada billionaire-billionaire.

Saya berharap agar pihak SPRM dapat memantau rapat ahli-ahli parlimen ini supaya tiada yang sanggup menjual diri dan sokongan mereka demi untuk habuan kewangan yang membolehkan mereka menjadi jutawan segera.

IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka.