Home Berita PAS Melaka

Kolumnis | Ustazah K berpesan-pesan

289
SHARE

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
أما بعد

قال الله تعالى:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡیَصُمۡهُۖ وَمَن كَانَ مَرِیضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرࣲ فَعِدَّةࣱ مِّنۡ أَیَّامٍ أُخَرَۗ یُرِیدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡیُسۡرَ وَلَا یُرِیدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

[Surah al-Baqarah: ayat 185]

Alhamdulillah, Allah telah memberi kita kesempatan untuk berpuasa selama sebulan di Ramadan yang lalu seterusnya meraikan kemenangan dan kegembiraan dengan mengurniakan Syawal yang mubarak.

Sesungguhnya tarbiah rohani dan jasadi yang disediakan sepanjang Ramadan tidaklah sepatutnya berakhir dengan berlalunya bulan yang mulia itu, bahkan sewajarnya menjadi pemangkin untuk kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan untuk menempuh sebelas bulan yang berikutnya pula.

Ayuh sama-sama kita hayati pesanan Rasulullah SAW tentang betapa ruginya orang yang berpuasa tetapi tidak memberikan apa-apa kesan terhadap dirinya akibat tidak menjaga diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa dan pahala puasa.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”. [Riwayat Ibnu Majah, no. Hadith 1690]

Wal’iyazubillah…

Semoga kita benar-benar keluar daripada Ramadan dengan sebenar-benar penghayatan untuk memaknai takwa kepada Allah Azza Wa Jalla. Justeru, antara amalan yang dapat kita teruskan ialah:

1. Membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran.

2. Puasa-puasa sunat:
– puasa enam hari di bulan Syawal.
– puasa Isnin dan Khamis.
– puasa tiga hari pada setiap bulan.

3. Solat-solat sunat:
– solat sunat rawatib qabliyyah dan ba’diyyah.
– solat sunat witir.
– solat sunat tahajjud, taubat, hajat dan lain-lain.

4. Qiamullail.

5. Sedekah.

Akhir kata, Ustazah K mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitiri Maaf Zahir dan Batin’ buat seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga Allah menerima semua amalan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu.

تقبل الله منا ومنكم
وكل عام وأنتم بخير

SITI KHADIJAH BINTI MAHMUD
Pengerusi
Lajnah Tarbiah dan Perkaderan
Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .