Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Selamat Hari Guru 2021 – BPPWP

26
SHARE


لو لا مربي ما عرفت ربي

“Tanpa guruku, tidakkan ku kenal Tuhanku”

Guru itu tidaklah tugasnya cuma mengajar tulis baca, tetapi yang utamanya adalah mendidik adab dan mengenal erti kehidupan yang sebenarnya.

Berapa ramai guru hari ini mengeluh kerana semakin kurang adab dalam kalangan pelajar, lebih-lebih lagi dalam fasa pembelajaran secara atas talian ini.

Semoga ianya menjadi muhasabah kepada para pelajar untuk memperbaiki adab dengan guru-guru, kerana di situlah bermulanya keberkatan ilmu.

Hargailah setiap seorang yang pernah mengajarkan kita walau satu huruf, bermula dari guru pertama kita Rasulullah SAW, ibu bapa kita sendiri, dan guru-guru kita, para ‘alim ulama’ semuanya.

Jagalah adab dengan mereka agar berkat ilmu kita, semoga ilmu yang kita peroleh dapat dimanfaatkan untuk umat dan menjadi saham akhirat buat kita dan guru-guru yang pernah mendidik kita.

Akhirnya, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan seluruh saf kepimpinan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para pendidik di Malaysia khusus di Wilayah Persekutuan.

Siiru ‘ala barakatillah.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

Wilayah Sejahtera

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
16 Mei 2021 l 4 Syawal 1442H