Home Kenyataan Media PAS Kedah

KITA PRIHATIN : Bukti Kerajaan PN Peka Belia.

577
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
24 September 2020 | Khamis

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan ribuan perghargaan dan menyambut baik usaha kerajaan pusat kerana peka terhadap belia dengan menyediakan kerangka Inisiatif tambahan PRIHATIN atau ringkasnya KITA PRIHATIN yang bernilai RM10 bilion.

DPPNK mengucapkan syabas kepada YAB Tan Sri Muhyidin Yasin Perdana Menteri Malaysia yang benar-benar prihatin menyediakan suntikan ekonomi yang luas untuk membantu rakyat di saat iklim ekonomi negara yang masih dalam tahap pemulihan ekonomi PASCA COVID-19 ini.

Sikap Perdana Menteri yang mengutamakan bahasa ‘bantuan kepada rakyat’ berbanding ‘bahasa politik’ menjadikan rakyat marhaen selesa dan berasa beruntung bernaung di bawah kerajan Perikatan Nasional sehingga hari ini.

Peruntukan dana RM295 bilion iaitu lebih kurang 20 peratus daripada nilai KDNK negara yang melibatkan program Prihatin, Prihatin PKS Tambahan dan Penjana berhasil mengekalkan kestabilan ekonomi negara di saat negara masih di fasa ke-4 Pemulihan.

DPPNK melihat perkembangan positif berkaitan pengumuman KITA PRIHATIN ini dari aspek pengangguran, kestabilan pekerjaan dan pengupayaan hidup belia.

Melalui Program Subsidi upah 2.0 yang bertujuan membantu syarikat (majikan) yang masih terjejas misalnya, diharapkan ia dapat membantu mengurangkan pengecilan operasi syarikat yang menyebabkan pemberhentian pekerja dikurangkan.

Hal ini kerana majikan atau syarikat swasta yang masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun 2019 adalaha berpotensi melaksanakan pembuangan pekerja jika tidak dipulihkan melalui kuasa kerajaan.

Menurut perangkaan awal program ini dijangka memanfaatkan 1.3 juta pekerja dan melibatkan peruntukan sebanyak RM 2.4 bilion ia adalah satu usaha menstabilkan sosial yang sederhana tetapi membawa impak domino positif kepada masyarakat.

Pihak DPPNK juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas perlaksaaan penerusan bantuan BPN 2.0 RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40 dan RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.

Hal ini juga sesuatu yang amat diharapkan oleh rakyat bawahan dan penantian itu terjawab dengan pengumuman ini.

DPPNK juga mengingatkan para anak muda dan belia agar mendaftar permohonan bantuan lebih awal, memohon perlanjutan Moratorium Lanjutan dan Bantuan Bank Secara Bersasar lebih awal dan mengambil peluang ini untuk berjimat dan membina ekonomi keluarga dengan lebih baik.

DPPNK juga mengingatkan semua agar terus menjaga SOP memandangkan punca ekonomi terjejas adalah akibat wabak virus yang melanda.

Yang Benar,

Abdul Hadi Bin Omar
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah