Home Berita PAS Melaka

Kit Siang tunjukkan dirinya memusuhi Islam – Ketua DMPNM

281
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 8 Jul : Lim Kit Siang telah menunjukkan dirinya menjadi musuh Islam iaitu kafir harbi yang mencela dan menghina agama Islam, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka (DMPNM), Aziah Mohd Saad.

Tambah Aziah lagi, kebiadaban dan keceluparan Penasihat DAP itu terhadap agama Islam telah melampaui batas.

“Lim Kit Siang tidak menghormati hak beragama dan mencela agama Islam sebagai Agama Persekutuan Negara Malaysia.

“Dalam surah at-Taubah ayat 33 dan surah as-Saff ayat 9 yang bermaksud ‘DIAlah yang telah mengutuskan RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk agama yang benar (agama Islam) untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukainya’,” kata Aziah memetik terjemahan ayat al-Quran itu.

Kata beliau, dengan berpandukan nas daripada al-Quran di atas, beliau tidak terkejut dengan apa yang ditulis oleh Kit Siang dalam media sosial pemimpin DAP itu yang menyanggah apa yang ditulis oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu.

“Pimpinan DAP telah menunjukkan gambaran sebenar diri mereka yang menjadi dalang RBA-RBA yang menulis tanpa ada perhitungan agama mencela dan menghina tulisan yang ditulis oleh orang Islam.

“Sebelum ini, kita belum pernah membaca tulisan orang Islam menghina atau mencela pegangan agama yang dianuti oleh pemimpin DAP ini.

“Oleh itu orang yang mengaku beragama Islam wajib bagi mereka menolak pimpinan DAP dalam PRU-15 kerana pemimpin DAP telah berani menghina dan mencela agama Islam ketika mana mereka tiada kuasa atau sebagai pembangkang,” ujar beliau lagi.

Beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah itu menambah, ucapan maaf yang dikeluarkan oleh Kit Siang menjadi amalannya semudah meludah di merata tempat.

“Ambillah iktibar 22 bulan pemerintahan PH yang telah banyak membuat kerosakan dalam negara Malaysia yang kita cintai,” ujar beliau ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM).