Home Berita PAS Wilayah

Pemuda PAS Lembah Pantai selami kesusahan rakyat

25
SHARE

Oleh : Nur Amirul Zakwan

LEMBAH PANTAI, 8 JULAI: Diwaktu kes Covid-19 di Malaysia masih tinggi dan tempoh PKP masih berlangsung, ramai masyarakat diluar sana sangat terkesan dengan penularan wabak Covid-19 ini.

Banyak perkongsian sama ada di corong berita atau di media sosial dapat kita lihat ada yang dibuang kerja, ada yang hilang punca pendapatan, ada yang tertekan disebabkan terpaksa berkurung dan sebagainya.

Mengambil pendekatan sikap tolong-menolong sesama manusia, Pemuda PAS LEMBAH PANTAI dengan kerjasama Pertubuhan Khidmat Bakti Sosial Serantau (PERSIS) hari ini mengambil inisiatif untuk sama-sama membantu insan yang terkesan pasca Pandemik Covid-19 ini.

Sehubungan dengan itu, hari ini sebanyak 65 pek makanan keperluan harian telah diagihkan kepada penduduk Lembah Pantai yang telah mengisi borang memohon bantuan keperluan harian akibat terkesan dengan wabak Covid-19 ini di Kondo Rakyat, Kg Limau, Sri Cempaka dan Kg Dato Tatah.

Permohonan ini boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang berada di Kawasan Lembah Pantai tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan asalkan jujur dan memang dalam kesusahan untuk diberi bantuan dengan segera.

Menurut Ketua Pemuda PAS Lembah Pantai, Ustaz Akram Ikrami berkata, baru beberapa jam permohonan bantuan dibuka, kami sudah menerima hampir seratus permohonan menunjukkan masyarakat disini ramai dalam kesusahan.

“Kami mengambil inisiatif ini memandangkan Lembah Pantai berada di tengah bandar dah kita pasti dengan kos hidup yang tinggi dengan keadaan pandemik ini ramai dalam kesusahan.

“Ini terbukti dengan jumlah permohonan bantuan yang kami terima sangat banyak walaupun baru sahaja permohonan dibuka.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang percaya dan menyumbang kepada kami untuk kami agih kan kepada penerima dengan harapan agar sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dialami mereka.” Jelas Ust Akram Ikrami.

Bagi yang ingin memohon bantuan dan ingin menyumbang kepada tabung Gerobok Lembah Pantai, anda boleh terus ke page Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai untuk mendapatkan maklumat sumbangan dan bantuan.

Semoga usaha kita semua ini diberkati dan diredhai oleh Allah swt sama-sama membantu dikala ramai yang terkesan sepanjang Pandemik Covid-19 ini