Home Kenyataan Media PAS Perlis

Kibarkan Jalur Gemilang Tanda Cintakan Negara

648
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS

KIBARKAN JALUR GEMILANG TANDA CINTAKAN NEGARA, ELAKKAN MEMPOLITIKKAN LAMBANG KEBANGGAAN NEGARA

1. Jalur Gemilang merupakan lambang kebanggaan rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia wajib untuk kita menghayati Maksud Jalur Gemilang tanpa mengira bangsa dan agama.

2. Antara elemen yang ada dalam jalur gemilang adalah perpaduan, menghormati perlembagaan dan Rukun Negara, Islam sebagai agama rasmi negara, keberanian menghadapi segala rintangan dan kesucian serta keikhlasan mempertahankan rakyat.

3. Justeru, DPPNPs berharap supaya lambang kebanggaan negara ini tidak dipolitikkan pihak tertentu dengan sengaja memasangnya secara terbalik.

4. Sempena Sambutan Hari Kebangsaan, DPPNPs mengajak seluruh rakyat negeri Perlis untuk sama-sama mengibarkan jalur gemilang di kediaman masing-masing sebagai tanda cintakan negara.

5. Para peniaga juga turut diharap agar dapat mengibarkan Jalur Gemilang di premis-premis perniagaan bagi menyemarakkan rasa cintakan negara serta memeriahkan lagi suasana menjelang sambutan hari kemedekaan pada 31 Ogos nanti.

6. DPPNPs mengingatkan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Perlis agar sama-sama menghormati Jalur Gemilang dengan memasangnya di tempat yang sesuai dan dengan cara pemasangan yang betul.

Yang Benar,
MUHAMMAD AZMIR BIN AZIZAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
26 Ogos 2019 | 25 Zulhijjah 1440H