Home Artikel PAS Pusat

Peranan Dakwah Memurnikan Aqidah dan Meluruskan Fikrah Ummah

81 views
SHARE

MURNIKAN AQIDAH DAN LURUSKAN FIKRAH

Naskhah Dakwah PAS Pusat. Siri 16
23 Zulhijjah 1440 | 25 Ogos 2019

Peranan Dakwah Memurnikan Aqidah dan Meluruskan Fikrah Ummah

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat
https://m.facebook.com/naskhahdakwah‬
https://t.me/Naskhahdakwah‬


1. Bayan Aqidah dan Pemikiran (BAYAN 1.0) dengan temanya “Membina Ummah dan Negara Berteraskan Tuntutan Aqidah” berlangsung dengan jayanya di D’ Village Resort Air Keruh Melaka.

2. Menampilkan 4 topik perbahasan :

Membina Ummah dan Negara Berteraskan Tuntutan Aqidah

• Hubungkait Politik Islam dengan Aqidah

Ancaman Bahaya Sekularisme

• Ruang Perlaksanaan Islam Dalam Kerangka Perlembagaan Malaysia.

3. BAYAN akan bergerak keseluruh negara. Insyaallah BAYAN 2.0 akan dilangsungkan di Negeri Sembilan pada bulan Sept kelak.

4. Aktiviti BAYAN anjuran Lajnah Dakwah PAS Pusat ini adalah bertujuan untuk membina aqidah ummah dan pemikiran mereka agar menepati sumber dan manhaj Islam yang betul.

5. Kita berdepan dengan satu zaman yang sangat mencabar dengan gerakan penyimpangan aqidah dan gerakan menyongsang pemikiran ummat Islam semakin hebat.

6. Insan yang tidak mendalami urusan agama sangat mudah terpengaruh dan sering menjadi sasaran kepada serangan aqidah dan pemikiran oleh pihak orientalis dan golongan anti Islam atas apa jua nama gerakan mereka.

7. Serangan aqidah dan pemikiran oleh golongan anti Islam ini perlu ditangkis dengan bijak dan tangkas. Bermula dengan membina pemahaman yang betul terhadap aqidah dan pemikiran Islam oleh umat Islam sendiri dan kemudiannya membekalkan hujjah kepada umat Islam guna mendepani serangan tanpa henti ini.

8. Pendakwah di zaman ini perlu membekalkan diri dengan ilmu dan hujjah yang betul, kemas dan mantap bagi menjamin keberkesanan dakwah atau penyampaian risalah Islam.

9. Justeru pendakwah jangan ambil mudah untuk turun bergelanggang ke medan dakwah dizaman ini, mendepani generasi yang sangat kompleks pemikiran mereka.

10. Persiapkan diri dengan ilmu dan hujjah Islam. Sesuai perintah Allah swt:

‎وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Dan tidak selayaknya orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja supaya orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaum mereka apabila orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berwaspada (dari melakukan larangan Allah).

Surah At Taubah: 122

Islam Memimpin Perpaduan

Sekian