Home Berita PAS Wilayah

Kejohanan Futsal Merdeka Parlimen Batu

636
SHARE

[ KEJOHANAN FUTSAL MERDEKA PARLIMEN BATU ]

24 Ogos 2019, Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu melaluinya sayap DACS telah berjaya menganjurkan satu kejohanan Futsal peringkat Parlimen Batu bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia pada kali ini. DACS bertanggungjawab untuk menjayakan program-program yang menjadi platform kepada Pemuda PAS untuk mendekati anak muda khususnya melalui acara kesukanan dan kebudayaan. Ia bertepatan dengan peranan DACS sebagai duta anak muda.

“العقل السليم في الجسم السليم”

“Akal yang sejahtera pada tubuh badan yang sihat”

Kejohanan ini menampilkan sebanyak 16 pasukan yang terdiri daripada 8 pemain dalam setiap pasukan yang akan berentap untuk merebut gelaran juara. Penyertaan yang amat positif apabila disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat terdiri dari lima pasukan dari Institut pengajian tinggi, dan turut tidak terhad kepada kelompok kaum tertentu yang mana dibuktikan melalui penyertaan satu pasukan daripada pemain berbangsa India dan beberapa pemain berbangsa Cina dalam pasukan yang berbeza.

Penyertaan daripada pelbagai lapisan rakyat ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif penganjuran program ini bahkan menjadi bukti bahawa sukan merentasi perbezaan kaum. Elemen perpaduan dan kerjasama yang ditetapkan dan dipaparkan sewaktu bersukan inilah perlu diaplikasikan dalam kehidupan semasa kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dengan suasana masyarakat majmuk untuk menjaga integrasi nasional ini supaya tidak dirobekkan.

Di samping itu, program ini menjadi bukti bahawa PAS masih kekal relevan bahkan dikalangan anak muda apabila tidak sampai tiga hari hebahan program ini dilakukan sudah berjaya mengumpulkan jumlah penyertaan yang mencukupi.

Kejohanan ini yang turut dihadiri Ustaz Hafez Sabri, Pengerusi DACS Malaysia dan Tuan Rashidi Razak, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ini dijuarai oleh pasukan Sidai FC, dengan pasukan SK FT selaku naib juara. Manakala pasukan Malik Stream FC & Sri Perak FT masing-masing mendapat tempat ketiga & keempat.

Pihak penganjur berharap semoga dengan penganjuran program ini dapat menyemaikan semangat patriotisme dikalangan masyarakat sekaligus memajukan gagasan Malaysia Sejahtera bersama Islam.