Home Berita PAS Kelantan

KIAS rancang tubuh Sekretariat Pendidikan Islam Nusantara

97
SHARE

KOTA BHARU, 23 Dis:  Setelah berjaya meraih status kolej universiti, Kerajaan Kelantan kini merancang untuk menjadikan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) sebagai institusi terunggul di rantau ini bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Sekretariat Pendidikan Islam Nusantara (SPIN) akan ditubuhkan dan KIAS akan menjadi tonggak utama bagi memimpin sekretariat tersebut.

“Antara perancangan awal pihak institusi pengajian tinggi adalah menarik minat seramai mungkin pelajar dari penduduk negara Asia Tenggara seperti Kemboja, Vietnam dan Thailand.
“Mereka akan menjadi duta kita di sana. Inilah kemuncak cita-cita besar kita yang ingin menjadikan KIAS sebagai kampus induk kepada kampus-kampus kecil yang berada seluruh negara di nusantara melalui pelancaran SPIN yang akan diadakan sedikit masa lagi”, katanya.

Beliau berkata demikian pada program sempena Sambutan Dua Dekad KIAS yang berlangsung secara atas talian melalui saluran rasmi KIAS dan Facebook Live KIAS bertajuk ‘Dua Dekad: Anjakan Paradigma KIAS Terhadap Perkembangan Ilmu di Nusantara.