Home Berita PAS Kedah

Khidmat Malaysia Kedah rancang himpunan petugas bencana Disember 2022

121
SHARE

Oleh: MUHAMMAD IQBAL

KEMAMAN, 6 JUN –  Khidmat Malaysia Negeri Kedah merancang untuk adakan himpunan pertugas bencana melibatkan pelbagai peringkat badan kebajikan serta NGO berkaitan pada Disember akan datang.

Pengarah Khidmat Malaysia Kedah, Ustaz Mussoddak Haji Ahmad mengatakan matlamat himpunan ini bagi menyelaraskan kerja dan kolabrasi antara pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana di Negeri Kedah.

“Kita akan mengguna pakai modul dan Standard Operation Procedure (SOP) yang disediakan oleh Khidmat Malaysia Pusat dalam bengkel-bengkel yang telah diadakan sebelum ini,”

“Pelarasan tugas dalam operasi bantuan bencana amat penting supaya tidak berlaku pembaziran sumber dan pertindihan gerak kerja yang merugikan.” Katanya yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.

Ujarnya dalam himpunan itu nanti seramai 500 sukarelawan akan berkampung selama 2 hari dimana mereka akan dilatih dengan kursus asas penyelamatan nyawa, pengurusan organisasi, strategi media dan pengurusan berkaitan semasa bencana oleh agensi barkaitan antaranya Angkatan Pertahanan Awam(APM), Bomba dan Penyelamat, NADMA dan lain-lain.

“Dalam masa terdekat kita akan mengarahkan setiap kawasan untuk mendaftar seramai 30 orang sukarelawan Khidmat Malaysia yang tetap dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan,”ujarnya.

Mengulas Program Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia (HEBAT 3.0) yang diadakan di Terengganu, beliau menyatakan delegasi Khidmat Malaysia Kedah telah menghantar seramai 17 orang peserta terdiri daripada jawatankuasa khidmat Malaysia peringkat negeri, kawasan, Jabatan Amal dan Briged Muslimat.

“Saya berharap latihan dan ilmu yang diperolehi sepanjang program ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta untuk diimplementasi dalam gerak kerja dan operasi bencana yang akan datang.

Program yang menghimpunkan petugas bencana seluruh negara merupakan kali yang ketiga selepas program yang serupa pada tahun 2015. – Unit Media PAS Kedah