Home Artikel PAS Johor

Khidmat Malaysia fokus PPE

603
SHARE

KHIDMAT MALAYSIA AKAN FOKUS KEPADA BANTUAN PPE BERMULA RAMADHAN

Assalamu’alaikum dan salam khidmat,

1. Seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perutusan khas petang semalam bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 29 April hingga 12 Mei, Khidmat Malaysia dengan kerjasama PAPISMA akan memberikan tumpuan kepada penyediaan Peralatan Pelindungan Peribadi (PPE)  untuk disumbangkan kepada pihak hospital, klinik kesihatan dan seumpamanya.

2. Manakala sumbangan kepada masyarakat yang terkesan dengan COVID19 serta golongan asnaf akan dikendalikan di bawah Lajnah Kebajikan di peringkat kawasan.

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah
Khidmat Malaysia Pusat
1 Ramadhan 1441 / 24 April 2020