Home Berita PAS Wilayah

Bantuan PKP Diteruskan, Rebut Keberkatan Jumaat Dan Ramadan

1240
SHARE

Bantuan PKP Diteruskan, Rebut Keberkatan Jumaat Dan Ramadan

Oleh NURUL NADIYAH

DARUL UMMAH, 24 April – Seramai 16 orang penerima Sumbangan Prihatin diteruskan lagi oleh Zon Pandan, PAS Kawasan Titiwangsa hari ini pagi tadi.

Misi bantuan pada hari Jumaat di bulan Ramadan menambahkan lagi kekuatan buat Pasukan Prihatin untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumbangan disampaikan oleh Hedzer Ibrahim, Pengarah Jentera Pilihanraya, (JPRP) merangkap Ketua Zon Pandan dengan dibantu oleh Mohamad Bakhtar, Aidi Alfian, AJK dan Sukarelawan Prihatin Zon Pandan.

Sumbangan berupa keperluan dapur seperti beras, telur, tepung, gula, susu. Edaran terus ke rumah penerima sumbangan di Blok B Desa Pandan, Taman Maluri dan PPR Hiliran Ampang kerana kekangan untuk ke Darul Ummah.

Para penerima adalah dalam kalangan mereka yang berniaga sendiri dan mengharapkan pendapatan harian. Sumbangan berterusan daripada orang ramai membantu mengurangkan bebanan mereka sepanjang tempoh PKP dan bulan Ramadan ini.

Justeru itu, PAS Kawasan Titiwangsa mengajak warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan (PKPD), lebih-lebih lagi untuk bekalan makanan mereka di bulan Ramadan.

Pasukan Prihatin PAS Zon Pandan berharap dapat meneruskan bantuan mengedarkan kurma dan bubur lambuk kepada orang ramai dalam bulan Ramadan. Misi ini pasti akan berjaya dengan bantuan dan sumbangan orang ramai.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun,

Maybank : 5640-9850-4101
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)

serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut :

1) Cikgu Yusoop (011-13373066)
2) Hedzer Ibrahim
(019-2708639)

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.

#RamadanKareem
#stayathome
#StaySafe
#stayhome
#malaysia
#DudukRumah
#Covid_19
#kitajagakita
#PKP
#pastitiwangsa

See First | Like | Share