Home Artikel PAS Johor

Khidmat kesihatan Percuma di DUN Benut

63 views
SHARE

Oleh Aisyah El Yahya

PONTIAN: Selain giat menjalankan urusan dakwah dan politik, PAS Kawasan Benut di daerah Pontian di sini turut menitik beratkan soal kesihatan dalam masyarakat hasil usaha sama dengan ahli-ahli perubatan merangkap golongan profesional PAS di kawasan tersebut.

“Alhamdulillah, kami bersyukur dapat bertemu dengan penduduk sekitar DUN Benut sekali gus memberi khidmat kesihatan kepada mereka.”

Ujar Prof Dr Baharom yang juga merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat Parlimen Pontian ketika membuat pemeriksaan kesihatan percuma di sini semalam.

Turut hadir, Saudara Firdaus Bin Jaffar dan Ustaz Nordin Bin Ayub juga salah seorang AJK Dewan Ulama Negeri PAS Johor bersama beberapa orang anggota PAPISMA lain ke lokasi kunjungan tersebut.

Dalam pada itu, penduduk sekitar turut memberikan respon positif memandangkan kos rawatan hari ini yang makin meningkat dan pemeriksaan sebegini sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan kos hidup di samping dapat mengetahui tahap kesihatan msing-masing.

Oleh itu, adalah dipelawa kepada mana-mana individu yang memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk turut sama pada lain masa memandangkan ianya terbuka kepada semua baik ahli PAS mahupun bukan PAS, Muslim mahupun bukan Muslim.

Jelas, PAS dan ahlinya begitu bersungguh-sungguh menjalankan misi Malaysia sejahtera dan berkebajikan seperi mana yang dihasratkan presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam Wawasa Induk Sejahtera, WINS 20151 memandangkan solusinya kepada masyarakat membumi.