Home Berita PAS Johor

Ketua Wanita DHPP meninggal dunia

1496
SHARE

Oleh : ABU HADIF

JOHOR BAHRU,13 Jul : Ketua Wanita Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Kumutha a/p Raman dimaklumkan telah meninggal dunia tengahari tadi di Hospital Putrajaya.

Mendiang yang juga Pegawai Khas YBM Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dilaporkan meninggal kerana positif Covid-19.

Mendiang juga diberi tanggungjawab sebagai Ketua DHPP Johor, disifatkan seorang rakan politik yang baik dan terkenal dengan murah senyuman serta petah berkata kata.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor, Normala Sudirman dalam satu kenyataannya mengatakan mendiang adalah seorang yang gigih berusaha.

“Disaat ramai rakan dalam PAS pergi meninggalkan parti beberapa tahun lalu, dirinya (mendiang) masih setia sebagai penggerak utama Dewan Pendukung PAS Pusat meskipun bukan beragama Islam.

“Percayanya dia atas prinsip PAS dan Islam tidak akan membiarkan penganut agama lain dizalimi dan dihina sangat dihargai.

“Salam takziah diucapkan, semoga ahli keluarganya tabah menempuh dugaan” kata Normala.

Mendiang Kumutha yang memiliki ijazah undang-undang dari Britain, merupakan calon tunggal wanita PAS negeri Johor bertanding di kerusi DUN Tiram Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia pada tahun 2008.