Home Berita PAS Kelantan

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Kelantan

45
SHARE
KOTA BHARU, 12 Jul: YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan & Penyelarasan (ICC) ECER Kelantan Bil. 2/2021 yang turut dihadiri oleh wakil daripada Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Persekutuan serta pihak ECERDC.
Mesyuarat kali ini membincangan tentang projek-projek dan program-program yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri Kelantan bagi merancakkan kembali pembangunan ekonomi di negeri ini antaranya Laman Warisan Serunding Kampung Laut yang telah disiap dijangka akan beroperasi pada bulan Oktober 2021. Ia akan menyediakan peluang perniagaan kepada 11 usahawan serunding tempatan dan akan meningkatkan aktiviti pelancongan di sekitar Tumpat.