Home Berita PAS Kelantan

Ketua Sami Buddha sokong dasar MBI Kerajaan Kelantan

598
SHARE

KOTA BHARU, 7 Dis: “Bagi bangsa Siam, agama Buddha ada undang-undang dan tatacaranya yang perlu dipatuhi dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi, apa yang dibuat dan dibawa oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui dasar Membangun Bersama Islam (MBI) itu bagus.”

Demikian menurut Ketua Sami Wat Phikultong, Tumpat, Phra Khru Suwan Varanukul, 53 menerusi rakaman video yang diterbitkan oleh Pusat Integrasi antara Kaum (PEKA).

Menurutnya, perkara yang diajar dalam Islam juga terdapat dalam ajaran Buddha yang terkandung melalui lima prinsip Pancha Sila.

“Lima prinsip larangan itu merangkumi larangan bagi penganutnya membunuh, mencuri, berzina, bercakap bohong dan mengambil minuman keras atau dadah,” jelasnya.

Beliau yang lebih 30 tahun menjadi sami juga berkata, dasar MBI bagus kerana ia sama seperti lima prinsip tersebut dan sekiranya kita menjaga kelima-lima prinsip tersebut, masyarakat kita tidak akan dipandang rendah.