Home Artikel PAS Melaka

Ketua Muslimat PAS Alor Gajah santuni muallaf

376
SHARE

Oleh : Najua Roslan

ALOR GAJAH, 24 Ogos : Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah (DPPKAG) telah menziarahi seorang muallaf yang berada dalam keadaan uzur di kediamannya di rumah pangsa Taman Mewah di sini kelmarin.

Saudara baharu itu, Salwa Selvakumari Abdullah (50 tahun) telah empat tahun memeluk agama Islam kini melalui saat sukar dibuang keluarga dan suami yang kini berada di Kedah.

Menurut Salwa, sebelum ini beliau ada menerima bantuan dari MAIM tetapi berlaku sedikit masalah teknikal apabila pihak MAIM tidak dapat menghubungi talian telefonnya dan beliau tiada di rumah ketika dilawat pegawai MAIM menyebabkan permohonannya terpaksa dibuat semula yang memakan masa tiga bulan.

Dalam ziarah tersebut Rosela turut menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk wang tunai kepada Salwa.

“Semoga dengan bantuan ini , dapat mengurangkan sedikit beban yang dihadapi beliau.” ujar Rosela selepas menyampaikan sumbangan tersebut.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)