Home Berita PAS Melaka

Ketua Menteri Melaka Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Umum Pakej Ransangan Atasi Covid-19

1487
SHARE

Oleh : IBNU JANIE

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Sulaiman Md Ali hari ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE2020) bagi membantu sektor-sektor yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Menurut Sulaiman lagi ia sekali gus memangkin semula pertumbuhan ekonomi. Beliau berkata demikian dalam satu hantaran facebook beliau sebentar tadi.

Tambah beliau lagi pemberian elaun khas ini satu penghargaan daripada Kerajaan terhadap pengorbanan dan jasa pegawai/ petugas yang terlibat.

“Kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menangani pandemik ini termasuk petugas kesihatan dan keselamatan, besar hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala usaha yang dilakukan dalam memastikan keselamatan rakyat terus menjadi keutamaan sepanjang situasi berdepan wabak COVID-19.” tambah beliau lagi di dalam hantaran facebook tersebut.

Menurut lampiran surat yang disertakan itu menyatakan tentang elaun sebanyak RM400 sebulan untuk kakitangan berkaitan kesihatan dan RM200 sebulan untuk bahagian lain yang terlibat tetapi bukan berkaitan kesihatan. Elaun ini boleh dituntut bermula April dan sah sehingga kerajaan mengisytiharkan bencana Covid 19 berakhir.

#KitaJagaKita
#DudukRumah
#KekalSelamat
#MelakaGegauCovid19