Home Kenyataan Media PAS Kedah

COVID-19 : Kerajaan Kedah digesa segerakan insentif bantu rakyat bawahan

2784
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
20 MAC 2020

COVID-19: Kerajaan Negeri Kedah digesa segerakan insentif bantu rakyat terkesan

Berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung pendemik Covid-19, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menggesa agar Kerajaan Negeri Kedah yang selama ini berbangga dengan gabungan antara PBBM dan PH agar menyegerakan pengumuman insentif membantu rakyat bawahan yang amat terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Antara golongan yang begitu terkesan adalah penjaja kecil, peniaga pasar tani dan pasar malam, golongan bekerja sendiri yang berpendapatan harian serta pekerja sendiri yang berkait industri pelancongan di Langkawi.

Pemuda PAS Kedah mengusulkan beberapa insentif segera yang boleh diambil oleh kerajaan negeri ini seperti yang berikut :

1- Bantuan ‘one-off’ kepada semua 36 ADUN Kedah sekurang-kurang RM20,000 untuk membantu rakyat yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan;

2- Bantuan ‘one-off’ kepada institusi masjid dan surau bagi menjalankan proses pembasmian virus;

3- Kelonggaran atau penangguhan bayaran cukai tanah sehingga 3 bulan;

4- Mewujudkan sukarelawan bagi meringankan beban petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, petugas hospital dan klinik, pihak polis, RELA dan sebagainya. Samada dalam bentuk tenaga kerja pembantu rumah, khidmat dobi atau bekalan makanan;

5-Bantuan RM500 kepada penjaja kecil dan pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS);

6-Potongan 50% bayaran sewa premis milik PBT, Badan Berkanun Kerajaan Negeri dan anak syarikat selama 3 bulan.

7- Sumbangan kepada guru-guru KAFA dan guru-guru agama kampung;

8- Bayaran ‘one-off’kepada ahli keluarga positif Covid-19 sekurang-kurang sebanyak RM2000;

9- Mewujudkan pusat bantuan kecemasan di setiap DUN.

10- Pemberian gaji penjawat awam diawalkan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengalu-alukan peruntukan negeri Kelantan sebanyak RM5Juta, begitu juga kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM6 juta, dan beberapa buah negeri lain yang telah membuat pengumuman seperti Johor dan Selangor.

Sehubungan itu,pihak kami mengesa kerajaan negeri Kedah lebih proaktif dan prihatin untuk membantu rakyat bawahan yang terkesan akibat Perintah Tempoh Kawalan Pergerakan ini.

Nurul Amin Hamid.
Ketua Pemuda PAS Kedah
20 Mac 2020