Home Artikel PAS Johor

Sarawak Report diarah bayar RM155,000 kepada Tuan Guru

426 views
SHARE

Sarawak Report diarah bayar RM155,000 kepada Tuan Guru

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

London : Tular di media sosial ‘Sarawak Report Menggelupur’ sebaran maya print screen Facebook milik Wan Rohimi, salah seorang peguam yang mewakili PAS di sebuah mahkamah Tinggi London di sini hari ini.

Wan Rohimi Wan Daud berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memenangi semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown sekali gus diperintahkan untuk membayar keseluruhan kos bernilai £28,900 (RM155,000).

“TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791),”

Sebelum ini juga, Tuan Guru Haji Abdul Hadi turut menjangkakan kemenangan ini berpihak kepada PAS ketika beliau memberitahu wartawan berkenaan ada pihak ketiga yang memujuk PAS untuk menarik balik kes saman tersebut.

Khabar gembira ini sekali gus menjawab fitnah yang dilemparkan kepada PAS dan penerangan lanjut akan disebar luas dari masa ke semasa menerusi saluran rasmi PAS.

Memetik sumber penulisan Ahmad Suhael Adnan, saman terbabit difailkan peguam Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Carter-Ruck, bagi mendapatkan perintah injuksi dan ganti rugi berhubung artikel di laman web terbabit bertajuk ‘As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections’.