Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Ketokohan Agama dan Akademik Dato Dr Mahfodz Aset Penting Rakyat Johor

5187
SHARE

Ketokohan Agama dan Akademik Dato Dr Mahfodz Aset Penting Rakyat Johor

Oleh: Aishah Halim

Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed telah diamanahkan oleh PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen P.150 Batu Pahat dan DUN N.09 Gambir.

Beliau merupakan anak jati Johor yang dilahirkan pada 16 Oktober 1944 di Muar dan kini menetap di Kampung Parit Medan, Kundang Ulu.

Seterusnya, kewibawaan beliau dalam mendidik keluarga, bersama isterinya, Datin Norain Abd Wahid dibuktikan melalui pencapaian kesemua anak-anak mereka dalam bidang pengajian tinggi sama ada di universiti tempatan mahupun luar negara.

Sejarah pendidikan beliau membuktikan bahawa beliau bukan sahaja menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Arab, bahkan turut mempelajari Bahasa Inggeris.

Berikut merupakan latar belakang pendidikan beliau:

PERINGKAT RENDAH
• Sekolah Kebangsaan Melayu Kundang Ulu (1951-1955).

• Sekolah Inggeris Parit Turun, Bukit Gambir (1955-1956).

• Madrasah Shamsuddiniah, Parit Medan, Kundang Ulu (1956-1959).

PERINGKAT MENENGAH
• Maahad Johor, Johor Bahru (1960-1964).

PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI
• Ijazah Sarjana (Bachelor) Syariah, Universiti al-Azhar, Mesir (1966-1970).

• English Class, England (1971-1973).

• Ijazah Kedoktoran (PhD.) Pengajian Islam, Universiti Glasgow, Scotland (1974-1977).

Selain itu, Dato Mahfodz telah berkhidmat di Universiti Malaya (UM) lebih daripada sepuluh tahun.

Beliau membuktikan kebolehannya daripada sudut pentadbiran dan pengurusan melalui beberapa penjawatan beliau di UM. Antaranya ialah:

• Ketua Jabatan Pengajian Islam, Universiti Malaya (1983-1993).

• Pensyarah dan Profesor Pengajian Islam, Universiti Malaya (1994-1999).

• Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya (1996-1999)