Home Artikel PAS Selangor

Bekas Panel Penceramah Radio IKIM Jadi Calon DUN Sungai Ramal

1,840 views
SHARE

Keputusan PAS meletakkan seorang ustaz selebriti di DUN Sungai Ramal (N25) merupakan satu keputusan yang bijak. Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz adalah seorang agamawan yang disegani di Bangi. Mutakhir ini beliau banyak muncul di kaca televisyen untuk slot berkaitan dengan agama Islam.

Anak lelaki yang dilahirkan di Glasgow, Scotland ini telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang di Petaling Jaya Selangor.

Ustaz Nushi bin Dato’ Mahfodz telah mendapat pendidikan awal di SK Sri Petaling, Petaling Jaya. Diperingatkan menengah, beliau bersekolah di SMKA Simpang Lima Sabak Bernam, Sek Men Agama Kuala Lumpur dan Kolej Islam Sultan Alam Shah Klang.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Syariah di Universiti Yarmouk, Jordan dan Master bidang yang sama di Universiti Aly AlBayt Jordan.

Pensyarah Fakulti Undang-Undang dan Syariah KUIS merangkap Timbalan Pengarah KUISCELL SDN BHD ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan dan syariah. Sebelum ini beliau telah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan pernah menjadi Penasihat Syariah Asian Finance Bank dari tahun 214-2017 dan MBSB Bank dari 2018 sehingga sekarang.

Sifat kepimpinan yang ada dalam calon PAS bagi DUN N25 Sungai Ramal jelas terserlah apabila beliau dilantik menjadi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra Bangi dari 2016 hingga sekarang dan Ahli Majlis MPKj dari 2014-2015.

Anak Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia ini merupakan panel penceramah bagi Astro Oasis, Tanyalah Ustaz, AlKuliyyah, Slot Islam Hadhari Selamat Pagi Malaysia RTM1, Radio IKIM, Nasional.FM dan lain-lain segmen radio.

Justeru, pilihan rakyat DUN Sungai Ramal untuk memberi mandat kepada Ustaz Nushi Dato’ Mahfodz ada suatu keputusan tepat apabila melihat pada kriteria dan karismatik Calon PAS ini