Home Berita PAS Kelantan

Kesungguhan ibadah Rasulullah SAW pada 10 malam terakhir

169
SHARE
Ummul Mukminin Aishah r.a. meriwayatkan:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ.
“Nabi SAW apabila masuk sepuluh malam yang terakhir, baginda akan “mengetatkan kain”, menghidupkan malam dan membangunkan keluarga baginda dari tidur”. (Muttafaq alaih)
“Mengetatkan kain” adalah kiasan kepada mengasingkan diri dari isteri dan bersungguh-sungguh dalam beribadat.
Dalam riwayat yang lain pula:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ.
“Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir tidak seperti malam-malam yang lain”. (Sahih Muslim)
Telah sedia maklum, apabila seseorang pelumba lari itu menghampiri garisan penamat, maka dia akan mengerah tenaga dengan lebih kuat, untuk sampai dengan lebih cepat, lalu menang dan mendapat pingat.
Maka dalam bulan Ramadan ini semangat itu juga perlu ada, kerana kemenangannya bukanlah sekadar mendapat pingat biasa, tetapi pengampunan segala dosa dan kebebasan daripada api neraka.
Semoga Allah SWT memberikan hidayah dan taufiq kepada kita semua untuk meraih ganjaran istimewa tersebut.
MOHD AMAR ABDULLAH | 24 RAMADAN 1442
Pondok Tok Ayah Kedah, Kelantan Darul Naim