Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Kes Penderaan Amah: PAS Gesa Tindakan Yang Lebih Teliti

100 views
SHARE

Kenyataan Media penerangan. 172/43
5 Jamadil Akhir 1439 / 21 Feb 2018

KES PENDERAAN AMAH : PAS GESA TINDAKAN YANG LEBIH TELITI

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.
https://m.facebook.com/kpenerangan/

1. Isu penderaan pembantu rumah warga Indonesia (amah) sehingga menyebabkan kematian kembali menjadi perhatian mssyarakat susulan kes kematian Adelina Lisao, seorang amah dari Indonesia yang didakwa didera majikannya.

2. PAS meneliti perkembangan serta maklum balas yang telah berikan pelbagai pihak susulan kes berkenaan. Pelbagai perkara perlu diteliti sedalamnya sebelum kerajaan melaksanakan tindakan susulan berkenaan kes yang berlaku.

3. Isu penderaan tersebut tidak seharusnya dipandang ringan oleh pihak kerajaan. Namun, tindakan yang diambil juga harus dilihat dari pelbagai aspek supaya isu pengambilan amah ini dapat diselesaikan secara holistik.

4. Antara fokus penting adalah terhadap isu pemantauan kebajikan dan keselamatan pekerja asing yang bekerja di sini. Perkara ini memerlukan pemantauan terhadap profesionalisme kerja seorang amah terhadap majikannya, serta layanan yang diberikan majikan terhadap pekerjanya. Ia melibatkan hubungan dua hala di antara amah dan majikannya.

5. Isu ini selayaknya dilihat dari dua segi ;

Pertama, isu pengawalan kemasukan amah untuk bekerja di Malaysia termasuk aspek saringan kesihatan dan latihan profesionalisme, dan

Kedua, isu pemantauan terhadap kebajikan dan keselamatan mereka yang telah bekerja di Malaysia. Pendekatan pihak kerajaan perlu dilihat secara objektif, menyeluruh dan bersifat jangka panjang.

6. Walaupun secara keseluruhannya kes penderaan yang berlaku terhadap amah di negara ini masih rendah, namun, ia bukanlah alasan supaya kita menutup mata terhadap apa yang berlaku terhadap mangsa.

7. Malah, netizen juga wajar berperanan sebagai “pemerhati seriu” dan bertindak secara proaktif supaya masalah penderaan amah dapat dielakkan pada masa hadapan.

Sekian.