TEMANGAN, 17 Ogos: YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli pagi ini meninjau kerja-kerja menaik taraf beberapa batang jalan kampung di DUN Temangan ini.
Kerja-kerja menaik taraf tersebut adalah melibatkan kerja-kerja mengetar dan membaiki beberepa jalan di Kampung Baru Murni, Bechah Kemuning dan Kampung Pangkal Chuit.
Dr. Mohamed Fadzli berkata, kerja-kerja penambahbaikan jalan-jalan ini diharap dapat memberikan sedikit keselesaan kepada penduduk setempat.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Penghulu Kampung Tok Bilal serta semua pihak yang terlibat dalam membantu proses menurap jalan.