Home Berita PAS Kedah

Kerja khidmat masyarakat diteruskan pada tahun baru 2023

53
SHARE

 

KUALA KEDAH, 1 JAN – Pusat Khidmat Penyelaras DUN Anak Bukit menziarahi Tuan Hj. Shuib Bin Mustafa yang menghidap penyakit kencing manis.

Dimaklumkan bahawa kaki kirinya sudah dipotong, matanya juga sudah kabur serta pendengarannya semakin kurang kedengaran.

Kunjungan ziarah yang dijalankan ke Kg. Alor Gonchar itu turut disertai pegawai pusat khidmat iaitu Encik Azhar & Shahrul.

Tuan Rashidi Sheedy dalam perbualannya menyatakan bahawa pesakit dahulunya seorang yang sangat aktif.

“Kalau dulunya beliau seorang yang aktif dalam Persatuan Penanam Padi dan Persatuan Khairat Kematian. Kini beliau terlantar diatas katil bertemankan alunan zikir dan ayat AlQuran” katanya.

Meskipun masih dalam suasana sambutan tahun baru, kerja-kerja khidmat masyarakat tetap diteruskan.

Sebelum berangkat pulang, pusat khidmat berkesempatan untuk memberikan sedikit sumbangan sebagai tanda ingatan kepada Hj. Shuib.

Semoga Hj. Shuib dan keluarga tabah menghadapi ujian ini dan dikurniakan kesabaran dan sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.