Home Berita PAS Kelantan

Kerja-kerja ‘finishing’ Hospital Bachok giat dilaksanakan

181
SHARE

BACHOK, 2 Feb: Laporan kemajuan semasa pembinaan Hospital Bachok mencapai 90 peratus dan kerja-kerja akhir sedang giat dijalankan serta dijangka siap menjelang pertengahan tahun ini.

Menurut pihak kontraktor hospital tersebut, kebanyakan kerja-kerja kemasan (finishing) di aras dua dan aras tiga bangunan hospital itu hampir siap sepenuhnya dan kini kerja-kerja lebih tertumpu kepada aras bawah dan kerja-kerja infra luar bangunan.

Hospital Bachok yang menelan kos RM141 juta dibina di atas tapak berkeluasan 20 hektar itu bakal menyediakan kemudahan fasiliti hospital seperti dua bilik pembedahan, ruang kecemasan, bilik bersalin, bilik mayat dan 76 katil wad merangkumi wad lelaki, perempuan serta kanak-kanak.