Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Kerajaan Perpaduan untuk memelihara kedudukan Islam.

874
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 192/63
25 Sya’aban 1439 / 11 Mei 2018

KERAJAAN PERPADUAN UNTUK MEMELIHARA KEDUDUKAN ISLAM.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan

1. Mesyuarat Khas PAS Pusat yang berlangsung selama hampir 3 jam hari ini di Pejabat KUIS Masjid Rusila Terengganu telah mengambil satu ketetapan untuk menawarkan Unity Government atau Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Tanpa Pembangkang di negeri Perak Darul Ridzwan.

2. YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden sekali lagi mengutarakan pandangan dan idea beliau mengenai Unity Government ini setelah 10 tahun yang lalu pernah dikemukakan untuk menangani krisis pembentukan kerajaan negeri selepas PRU 12 pada tahun 2008.

3. Tawaran ini dikemukakan apabila pelbagai parti yang memenangi PRU 14 tidak boleh membentuk kerajaan tanpa persetujuan pihak lain.

4. Unity Government yang PAS tawarkan ini mempertegaskan bahawa ia mestilah dipimpin oleh seorang muslim yang dipersetujui oleh majoriti ADUN yang beragama Islam. Sementara EXCO nya juga mestilah majoritinya terdiri dari kalangan ADUN yang beragama Islam.

5. Inilah penegasan PAS yang bermaksud mahu memelihara kedudukan Islam dan sekaligus meredakan kebimbangan ummat Islam mengenai kedudukan Islam dan kuasa politik umat Islam.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.