Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan negeri sedia kerjasama bersama LKTN bangunkan Agrikomoditi

26
SHARE

KOTA BHARU, 5 Feb: Kementerian Perladangan dan Komoditi kini memfokuskan Pelan Strategik Lembaga Kenaf dan Tembakau (LKTN) 2021-2025 kepada pembangunan industri fiber berasaskan tumbuhan dan kawal selia industri tembakau.

Bagaimanapun mengulas lanjut, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia bekerjasama dengan kementerian itu dalam membangunkan sektor agrikomoditi ini kearah yang lebih mampan dan berdaya maju.

“Kita percaya, pelan strategik ini akan berjaya melalui beberapa pelaksanaan yang efektif dengan sasaran yang spesifik berdasarkan semakan prestasi sepanjang pelaksanaannya.
Ini kerana, industri Kenaf mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan sebagai satu sumber ekonomi yang baharu,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2021 – 2025 dan Anugerah Penanam, Industri dan Inovasi Kenaf Tahun 2021.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataanya berkata sebanyak tujuh Pelan Strategik LKTN 2021-2025, telah pun digariskan yang merangkumi ketampanan, produktiviti, penjanaan nilai, pembangunan pasaran, keterangkuman, perlesenan dan penguatkuasaan serta penyampaian perkhidmatan secara berkesan.