Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan negeri sambut baik bantuan peralatan banjir sumbangan PR1MA

46
SHARE

KOTA BHAR, 11 Jan: Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik sumbangan dan bantuan daripada Perbadanan Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) bagi membantu mangsa yang terkesan banjir tahun lepas.

Sumbangan tersebut melibatkan 800 set kelengkapan membersih iaitu water jet, penolak air, mop, paip getah, penyapu plastik, baldi, cangkul, kasut getah dan sarung tangan.

Sementara itu, turut dihantar 1,000 set keperluan bantuan banjir terdiri daripada starter kit food, kit banjir, telekung, kain pelikat, tilam bersaiz ‘queen’, set beg sekolah dan ‘ready-to-eat food pack’.