Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan negeri, Kraf Malaysia perkasakan industri batik Kelantan

32
SHARE

KOTA BHARU, 31 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan berkerjasama dengan Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan dalam membantu usahawan batik dari segi bantuan bekalan bahan mentah, penghasilan rekaan dan pemasaran produk.

Demikian jawapan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdaganagan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Hanifa Ahmad terhadap persoalan yang diajukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, YB Abdul Azziz Kadir berkenaan usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memperkasakan industri batik di Kelantan dalam Sidang DUN, hari ini.

YB Dato Hanifa juga memaklumkan, sehingga Mac 2022 terdapat 358 usahawan kraf batik yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.

Menurutnya, antara aktiviti dan program yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri ialah Program Orientasi Pengeluaran, Program Pembangunan Komuniti Kraf (PPKK) dan anjuran Festival Kraf Tekstil Pantai Timur (FKTPT) setiap tahun.

“Sejak dari tahun 2020 Kraftangan Malaysia Kelantan telah menganjurkan tujuh program PPKK dan tiga daripada program tersebut melibatkan kraf batik dari PPKK Kota Bharu dengan penghasilan Batik Blok, PPKK Jelawat, Jahitan Beg Batik serta PPKK Wakaf Bharu Jahitan Pelitup Muka Batik,” katanya.