Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan negeri biayai lima LRA mini – YB Dato’ Azami

100
SHARE

KOTA BHARU, 31 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan membiayai sepenuhnya kos projek pembinaan lima Loji Rawatan Air (LRA) mini berjumlah RM30 juta.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor ketika menjawab soalan bertulis daripada ADUN Galas, YB Mohd Syahbuddin Hashim tentang status kejayaan lima loji rawatan air mini yang diberi kepada Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) dalam Sidang DUN yang memasuki hari keempat, hari ini.

Loji tersebut ialah Loji Rawatan Air Mini Telok Mesira, tarikh milik tapak 4 November 2020 dengan kemajuan projek 78 peratus, Loji Rawatan Air Mini Ketereh tarikh milik tapak 25 November 2020 dengan kemajuan projek 99 peratus.

Loji Rawatan Air Mini Jelawat tarikh milik tapak 14 November 2021 dengan kemajuan projek 22 peratus, Sistem Proses Loji Rawatan Air Wakaf Bharu tarikh milik tapak 26 September 2021 dengan kemajuan projek 89 peratus dan Sistem Proses Loji Rawatan Air Kampung Perol tarikh milik tapak 28 November 2021 dengan kemajuan projek 42 peratus,” katanya.

Berhubung perkara yang sama jelasnya, loji di Ketereh dan Wakaf Bharu dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Ramadhan ini.