Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan negeri beri 79,372 ekar tanah kepada Ladang Rakyat

389
SHARE

KOTA BHARU, 28 Nov: Program Ladang Rakyat yang diwujudkan oleh kerajaan negeri bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan rakyat negeri ini melalui sektor perladangan serta mengurangkan kadar penerokaan haram tanah Kerajaan.

Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Mohd Amar Abdullah memaklumkan sehingga kini jumlah keluasan tanah ladang rakyat yang diberi oleh kerajaan negeri kepada Ladang Rakyat seluas 79,372.226 ekar.

“Daripada jumlah tersebut, 72,972 ekar telah dimajukan oleh syarikat pemaju dengan tanaman kelapa sawit bermula dari tahun 2007 dan sebahagian besar telah mengeluarkan hasil.
Manakala 6,000 ekar di tanam dengan tanaman getah di Ulu Temiang, Jajahan Kuala Krai,” katanya.

“Selain daripada itu, tanaman sayur-sayuran juga turut diusahakan di Jajahan Kecil Lojing yang berkeluasan 400 ekar.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dalam Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) bagi Tempoh Penggal yang Kelima, Dewan Negeri Kelantan Ke-14, hari kedua, semalam.