Kerajaan Membazir, Rakyat Terpaksa Mengemis Untuk Belajar!
BESUT- Kerajaan Terengganu Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diterajui Umno, sewenang-wenangnya membazirkan wang rakyat dengan pelbagai projek yag kurang bermanfaat.
Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Che Faridah Ismail berkata, akibatnya rakyat yang susah dan terpaksa ‘mengemis’ untuk belajar.
Katanya, isu pembaziran kerajaan Umno-BN terlalu banyak, antaranya adalah Projek Taman Ilmu yang menelan belanja sehingga RM400 juta.
“Dengan cukai (GST) yang membebankan rakyat, dari segi hukumnya haram,” ujar beliau, yang menurutnya, tidak ada lagi biasiswa yang diberikan kepada para pelajar melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Beliau yang berucap dalam berucap di dalam Majlis Kupasan Isu, Manifesto dan WINS bertempat di Perkarangan Markas Halwa DUN Jerteh di sini pada Rabu 21 Februari.
Di dalam program yang sama, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menegakan, kadar pengangguran di Terengganu adalah nombor satu di Semenanjung Malaysia.
“Selain pengangguran, berbagai masalah yang wujud dalam Negeri Terengganu ni, gejala sosial dan kemiskinan,
“In syaa Allah sekiranya PAS diberikan kemenangan kita akan selesaikan masalah-masalah itu,” katanya.
Program anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri itu telah dihadiri seramai 80 orang muslimat daripada seluruh kawasan Besut.