Home Berita PAS Kedah

Kerajaan komited teruskan Pelan Jendela bagi manfaat rakyat Kedah

63
SHARE

Oleh HANANI ABDULLAH

ALOR SETAR, 6 Okt¬†–¬†Kerajaan Pusat memberi komitmen sepenuhnya supaya Pelan Jendela yang disasarkan untuk Kerajaan Negeri akan tercapai.

Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, YB Wan Romani Wan Salim berkata demi mencapai hasrat terbabit kerajaan negeri Kedah akan memastikan “Pusat Internet Komuniti” dapat dibina di setiap DUN.

“capaian internet 2G dan 3G akan ditamatkan pada hujung tahun ini dan akan dipastikan 100% akan di upgrade kepada 4G” ujar beliau.

Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata demikian ketika sesi perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Penggal Keempat kali ke-14 di Wisma Darul Aman, baru-baru ini.

Kesemua maklumat tempat dan kampung di kesemua DUN yang mempunyai capaian internet lemah telah disenaraikan dan di masukkan ke dalam Pelan Jendela.

Sementara itu, di Langkawi sebanyak 90 stesen pemancar telah dinaik taraf dan 3182 premis telah diliputi dengan sambungan gentian optik.

Kerja pembinaan sebuah lagi stesen pemancar baharu, naik taraf ke atas 11 lagi stesen pemancar sedia ada dan penyambungan gentian optik di 573 buah premis masih dalam proses perlaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat pada suku pertama 2022.