Home Berita PAS Sabah

PAS Papar ziarah mangsa banjir dan anak yatim

13
SHARE

Oleh: Natasya Samsure

PAPAR: Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Papar telah turun ke lapangan menyantuni mangsa banjir dan anak-anak yatim di sekitar Papar.

Program diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Papar Abd Salim Karim bersama Ketua Dewan Ulamak Ustaz Azman Jupri.

Hadir bersama Ketua Muslimat PAS Papar Siti Aisyah Rahman, Timbalan Ketua Muslimat PAS Papar Azizah Salleh serta beberapa ahli PAS yang lain.

Sebanyak 54 bakul makanan dan pakaian harian telah diagihkan kepada keluarga mangsa banjir di sekitar Kg Tampasak dan sebahagian bakul diserahkan ke pusat pengumpulan sumbangan kampung tersebut untuk kegunaan penduduk yang terjejas.

Bagi ziarah anak yatim melibatkan 8 lokaliti di daerah Papar, antaranya Kg Tampasak, Kg Takis, Kg Kelanahan Rimba, Kg Buang Sayang, Kg Pengalat, Kg Kabang, Kg Simpudu Kg Benoni dan Melinsung Summer Bay.

Sumbangan wang tunai, bakul makanan dan buku geng pintar solat ini telah diagihkan kepada 57 orang anak yatim di sekitar Papar.

“Lajnah kebajikan PAS Papar akan sentiasa cakna serta cuba untuk membantu golongan asnaf dan mereka yang ditimpa musibah walau dengan apa cara sekalipun.

PAS Papar terus komited membantu mereka yang memerlukan.” ujar Abd Salim Karim ketika menyantuni mangsa banjir di Kg Tampasak.