Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan komited bendung masalah sosial, aktivit maksiat di Kelantan

160
SHARE

KOTA BHARU, 6 Jan: Dalam menangani gejala sosial dan aktiviti maksiat, Kerajaan Negeri telah menggariskan Pelan Tindakan Strategik (PTS) Menangani Gejala Sosial dan serantak itu dengan menubuhkan Majlis Sosial Negeri Kelantan, secara tidak langsung akan berperanan sebagai platform utama di peringkat negeri bagi meneliti secara terperinci segala isu yang berkaitan sosial dalam masyarakat untuk mencari penyelesaian yang mampan.

Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Majlis Sosial Negeri Kelantan akan menjadi salah satu platform utama dalam menterjemahkan agenda Kelantan Membangun Bersama Islam (MBI) dengan mewujudkan perancangan sosial bertaraf agensi yang berpusat di peringkat persekutuan, negeri dan juga daerah bagi merancang, memantau dan juga menyelaras keberkesanan perancangan serta perkhidmatan sosial dalam masyarakat.

“Saya percaya Majlis Sosial Negeri akan diberi ruang lebih kepada penglibatan rakyat dalam pembangunan sosial serta demi memperluaskan peranan kepimpinan di peringkat akar umbi, dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan sosial,

Saya juga mengharapkan semua pihak termasuklah ketua-ketua jajahan, Penggawa dan Penghulu agar dapat memfokuskan kepada Kerjasama antara agensi kerajaan Negeri, dan Persekutuan serta pihak berkuasa tempata (PBT) termasuklah agensi swasta dan juga badan bukan kerajaan,” katanya pada ucapan sempena Amanat Menteri Besar Kelantan 2022 di Kota Darulnaim hari ini.

Terdahulu, tahun ini merupakan penggal ke lima Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Keempat Belas, dan semestinya tiga fokus utama yang digerapkan pada awal penggal pertama untuk mencapai kecemerlangan dalam penggal kelima ini walaupun terdapat beberapa kekangan yang wujud ekoran dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak awal tahun 2020 yang lalu.