Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan Kelantan terbaik, prihatin nasib rakyat – Ismail Hussin

208
SHARE

KOTA BHARU, 13 Dis: Ismail Hussin, 47, buruh kasar yang mengalami musibah kehilangan rumah akibat kebakaran tidak dapat menyembunyikan kepuasan hatinya terhadap keprihatinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Luahan tersebut disambut dengan keterharuan isteri dan tiga anaknya selepas menerima kunci rumah mereka daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, YB Dato’ Dr Ramli Mamat dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Dhuafat, di Kampung Sireh, semalam.

Ismail ditemani isteri, Zalina Zakaria, 49, sungguh gembira dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin dengan nasib yang menimpanya sebelum ini.

“Kami akui Kerajaan Kelantan memang terbaik. Sangat prihatin tentang nasib rakyat miskin. Kami berasa sungguh berhutang budi dengan Kerajaan Kelantan dan ADUN Bunut Payung, Dr Ramli. Bayangkan ketua keluarga yang daif seperti saya ini manalah mampu untuk bina rumah yang selesa untuk anak isteri seperti yang Kerajaan Kelantan beri, hari ini. Di rumah baharu ini, kami bahagia tinggal bersama tiga orang anak, Tiga anak lagi, tinggal berasingan,” luah Ismail sambil menyapu birai mata yang kebasahan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Tadbir Pusat Khidmat DUN (PKD), Shaari Mat Yaman, Penolong Pegawai Tadbir PKD, Muhammad Faris Basir dan Penghulu Mukim Kampung Sireh, Wan Ismail Kadir.