Home Berita PAS Kelantan

Kerajaan Kelantan bukan Taliban, ekstrem – Dato’ Panglima Perang

594
SHARE

PASIR MAS, 25 Dis: Keharmonian hidup sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama terus subur di Kelantan membuktikan Kerajaan Kelantan bukan Taliban dan ekstrem sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

Oleh yang demikian, Kelantan yang diterajui kepimpinan ulama dan teknokrat mentadbir urus negeri ini dengan pelaksanaan
dasar Membangun Bersama Islam (MBI) sangat relevan dijadikan model perpaduan antara kaum di Malaysia.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud menegaskan, dasar-dasar merangkumi prinsip toleransi, keadilan, kebajikan dan belas ihsan kepada golongan bukan Islam telah digariskan dan dipasak kukuh selama 32 tahun di Kelantan.

Katanya, prinsip utama melayan orang bukan Islam adalah dengan melayan mereka sama rata dengan umat Islam.
“Orang bukan Islam berhak mendapat perlindungan di dalam negara Islam merangkumi perlindungan daripada pencerobohan luar dan kezaliman dari dalam negara.

Mereka juga berhak menikmati keamanan dan kestabilan hidup. Hak itu adalah hak yang sama sepertimana dikecapi orang Islam,” jelasnya ketika menyampaikan bantuan makanan kepada 40 keluarga berbangsa Siam di Kuala Batil, Mukim Tok Sangkut, semalam.