Home Kenyataan Media PAS Johor

Kepimpinan baru DPP Negeri Johor

587
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR (DPPNJ)

PEMBENTUKAN JAWATANKUASA HARIAN DPPNJ SESI 2021-2023

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) 2021-2023 telah diadakan pada hari Selasa 26 Rabiul Awwal 1443H bersamaan 2 November 2021M bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa Harian DPPNJ Sesi 2021-2023 selaras Fasal 60 (3) Perlembagaan PAS (Pindaan 2020).

Justeru, mesyuarat telah memutuskan pelantikan seperti berikut :

Setiausaha: Mohd Ridhwan bin Salamon

Penolong Setiausaha 1: Mazizan bin Masduki (lantikan)

Penolong Setiausaha 2: Arif Ainuddin bin Mohd Razali

Penolong Setiausaha 3: Iqbal Ghani bin Ismail

Bendahari: Mohd Ilhan bin Sani

Ketua Penerangan: Mohamad Naqib bin Mohd Bakhudin (lantikan)

Pengarah Pilihan Raya: Fauzi bin Che Ahmad (lantikan)

Ketua Sektor Pendidikan (jemputan): Fairuz bin Alias

Manakala bagi pelantikan jawatankuasa kerja yang lain, mesyuarat memutuskan untuk melengkapkannya dalam masa yang terdekat.

Sekian, terima kasih.

AHMAD NAWFAL MAHFODZ

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Sesi 2021-2023

Bertarikh : 27 Rabiul Awwal 1443H/3 November 2021M

#ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN

#MEMACU PERPADUAN