Home Berita PAS Kelantan

Kepelbagaian program AADK, perkasakan komuniti

112
SHARE

PASIR MAS, 11 September: Pelbagai program dan aktiviti diadakan khasnya kepada rakyat dengan kerjasama Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok berlangsung di Kampung Galok Pasir Mas, semalam.

Antara aktiviti tersebut adalah sukan rakyat, pameran perkhidmatan kerajaan, pemeriksaan kesihatan, sesi advokasi AADK menerusi bas pameran bergerak AADK dan sebagainya mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat sekitar.

Terdahulu, objektif program ini adalah memastikan setiap keluarga bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah serta memupuk budaya saling bertanggungjawab terhadap isu-isu pelencongan sosial.

Sementara itu, penyampaian perkhidmatan daripada kerajaan pusat mahupun negeri dapat disalurkan secara terus kepada penduduk setempat khususnya dalam aspek kempen penyalahgunaan dadah dan substan.

Usaha ini secara tidak langsung dapat melihat keadaan klien AADK dalam komuniti disamping dapat mempastikan mereka kekal dalam kepulihan.

Program turut dihadiri ADUN Chetok YB Zuraidin Abdullah dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon yang turut melakukan home visit di enam buah rumah klien AADK di sekitar kawasan DUN Chetok bagi memenuhi modul integrasi sosial dalam Model i-Pulih AADK untuk program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK).

Turut menyertai home visit itu ialah Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Azmi Mustafa dan Pengarah AADK Negeri Kelantan, Rahayu Ahmad.

Kredit Gambar: Unit Media dan Komunikasi Korporat Agensi Antidadah Kebangsaan